Advokasi & Soft Skill @ TAKLIMAT PENERANGAN KELAS MASAKAN KEMAS TAHUN 2024

18 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Januari 2024, telah berlangsung Advokasi & Soft Skills @ Taklimat Penerangan Kelas Masakan KEMAS Tahun 2024. Program ini berlangsung di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Simpang Ampat disertai seramai 45 orang dan bermula pada jam 2:30 petang sehingga 4:30 petang. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak KEMAS Negeri Perlis. Program ini diadakan untuk menyampaikan informasi tentang pendedahan internet serta meningkatkan lagi ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali